Friday, January 25, 2013

memo 22: selamat datang 2013!


bismillah..
25 Januari 2013.

Post pertama 2013.
Bermula tahun yang baru. Alhamdulillah masih bernafas. Setelah berjaya mengharungi 'kiamat' 2012 yang lepas..kononnya la.. =_='

fikir balik apa yang dibuat tahun lepas..tak banyak benda besar berlaku..
apa yang dapat dicapai, cuma banyak belajar HIDUP. :)
makna BELAJAR hidup? fikir sendiri la heh..  :D

2012 yang dah lepas..biarlah lepas..
2013 yang dah datang..jomlah tempuhi.. :)

pembukaan 2013 ni agak..emm..menyedihkan.
mulanya gembira sebab satu hajat yang dah lama dipendam tertunai..tapi tak sempat nak rasa gembira lama2, datang pula sedih..hermmm..

itulah, orang kata jangan gembira sangat, nanti sedih datang pula.
ironinya.

tak apalah. positifkan minda. 
setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
tahu tu ayat klise. tapi ayat tu sungguh, betul.
fikirlah apa yang baik disebalik yang buruk.
barulah nampak hikmahnya.
sedih pun boleh bertukar jadi SYUKUR bila REDHA sentiasa dalam hati.. :)

maka, bersyukurlah dengan apa yang jadi.
buruknya sesuatu itu boleh mengajar kita akan datang..
baiknya sesuatu itu boleh mematangkan kita nantinya..
yang perlu cuma: 
POSITIF.
REDHA.
SYUKUR.

cukup semua tu, dah boleh bangun balik.
alhamdulillah hee :D


UWS | kodak eb 100 | Pulau Pinang

selamat datang 2013!

semoga baik2 saja tahun ni :D


sekian. 
salam~

~cHz~


Friday, December 28, 2012

~lomomatrix 2.0~


bismillah..
16 Disember 2012.

hari ni pertama kali join outing THE LOMORANGERS untuk event LOMOMATRIK 2.0.


lomomatrik tu apa? video kat atas ni adalah contoh lomomatrix..
ringkasnya lomomatrix macam ni: sekumpulan orang/fotografer/analoger duduk dalam posisi membentuk bulatan..lepas tu,model akan buat aksi kat tengah2 bulatan dan member2 lain akan shoot serentak..kemudian, filem yang dah di-develop akan di-scan dan gambar2 dari semua member group tadi dikumpulkan,disusun dan dijadikan video..

hasil video adalah gambar yang nampak macam 3D disebabkan gambar yang diambil dari sudut yang berbeza..nama pun lomo,mesti guna kamera lomo..tapi tak semua orang ada kamera lomo tu,jadi semua jenis kamera filem pun boleh..toycam ke, SLR ke, point n shoot camera ke..asalkan guna filem. :)

lomomatrix 2.0 ni ada lah dalam 30 orang yang join..segan2 jugak mula2 tu..dah la datang lambat, tak kenalkan diri pun..terus je masuk menembak..tapi lama2 best la sebab diorang semua sporting dan peramah..hehe :D

ouh,masa tengah2 menembak tu, ada lagi 1 kumpulan datang..tak kenal..tapi kawan kat sebelah tetiba excited..sebab yang datang tu vlogger kat youtube, SHAHRIN COOL atau nama sebenarnya SHAHRIN NAJMI..kenal tak??
kalau kawan tu tak cakap dia ni vlogger femes kat Malaysia ni,memang tak tau pun..ingatkan mamat cina mana tah dia ni..hahaha :p

*gambar diculik dari google*

stalk kejap youtube channel dia...ok shahrin ni memang femes! puluh2 ribu viewer vlog dia ouuhh :O
patut la diorang excited nak tangkap gambar ngan beliau..huhu..
Shahrin ni baru lepas SPM..dulunya duduk kat UK..sekarang tinggal kat Kajang kut..?
tengok gambar2 dia kat twitter,banyak gambar kat area Saujana Impian dan SMK Saujana Impian..dekat je la dari sini..heheh

masa event Lomomatrix tu dia ada buat video..jadi kitorang tengah tunggu dia upload..manalah tau kut2 ada muka terselit..hahaha :p

nanti cHz update hasil gambar lomomatrik ni..

sekian.

tata! ;D

salam~